PELBAGAI MANFAAT YANG DIPEROLEHI AKIBAT DARIPADA PENGAMBILAN VITAMIN C SHAKLEE NI..=)
•Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia.
Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi,
sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani
yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si
pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan
luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
•Vitamin C menjaga
salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah,
membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu
yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka
yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi
mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
•Detoksifikasi.
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum,
raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada
buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka
yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia
dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada
mengalami kerosakan yang teruk.
•Vitamin
C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon
(hormon fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C.
Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana
kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah
diserang penyakit.
•Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C.
Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah
berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam
otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas
sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu
menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka.
Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos
yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
•Kita
digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari.
Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C
tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar
melalui air kencing.
Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren.
Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya
adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
Dan ini dia Vitamin C kegemaran dan pilihan saya.
Shaklee Sustained Release Vita- C Plus.

No comments:
Post a Comment